Pulang Sayang

September 10, 2012reggyxMusicNo Comments

Kepada kawan-kawan yang kita suka…

….bak kata Zahiril Adzim, seorang pelakon yang saya memang respek.

Dah lama saya tinggalkan halaman ini, oleh kerana sibuk dengan urusan sekolah…mengejar deadline projek-projek muzik…di sambil menyesuaikan diri kembali ke alam pembelajaran di mana rakan-rakan seperjuangan saya di sini kebanyakannya muda (ahem…saya muda, mereka lagi muda). Musim panas di Amerika hampir sama seperti Malaysia, cuma kurang humid. Tempoh persekolahan pada musim panas pun lebih pendek, jadi semua kelas pun lebih intense tahap tiada-maaf-bagimu. Jadi saya minta maaflah jikalau halaman ini terbuai sunyi dengan waktu.

Selama dua tiga bulan yang lalu, banyak ilmu yang telah saya serap daripada profesor-profesor mat salleh di sini. Semuanya Insyallah akan berguna suatu hari nanti dalam career muzik saya bila kembali ke tanah air nanti. Raya dan Merdeka pun telah berlalu, dan walaupun sambutannya disini tidak sebegitu meriah berbanding Raya di kota Lumpur (juga kampung halaman ibubapa di Kemaman dan Jitra), kami Malaysians di sini telah berkumpul to make the best of it (open house dan sebagainya).

Dalam kemeriahan sambutan di sini, saya tidak terlepas dari golakan emosi seorang manusia, hamba Tuhan, anak, abang, teman, kawan, dan juga sebagai anak Malaysia. Teringat kepada bonda dan ayah, adik-beradik, riuh-rendah (sesak jalan raya) di kota Lumpur, maggi goreng mamak 24 jam, rakan-rakan, lapan kucingku di rumah, durian, KFC, udara ‘segar’ Petaling Jaya, dan juga seorang teman yang pernah kita sayang.

 

Jangan tunggu sebelum terlambat

Kehidupan memang penuh dengan dugaan. Ada yang mematangkan kita, dan ada yang meracunkan kita. Ianya tugas kita sebagai manusia untuk mencari hikmahnya…

Hikmah. Banyak yang telah saya sedar semenjak berjauhan daripada orang orang tersayang. Kehidupan kita hanya seimbas lalu, tak cukup lama untuk bertengkar mahupun bercinta. Selalunya, we will take our loved ones for granted…and most of the times, we tend to find excuses for ourselves to not say the things we want to say…sebelum terlambat.

Jadi sempena Raya dan semangat Merdeka yang telah berlalu, saya ingin berkongsi lagu saya “Pulang Sayang”…to those who have a place to return home to…and to those who are still searching for it.

‘Tempat’ itu…aku masih mencari …

Harap kawan-kawan semua suka. Dan kalau suka, rajin-rajinlah share.

Terima kasih

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visit Us On FacebookVisit Us On Twitter